Selamat Hari Guru....Cikgu jasa mu amat ku kenang....teringat aku zaman persekolahan...terutama....Cikgu Sayuti (PK HEM ku masa sekolah rendah), Cikgu Jordan, Cikgu Mat Dol, Cikgu Rahimah (Cikgu-cikgu semasa aku sekolah menengah) terbca nukilan dari blok Cikgusir terkenang aku kenalan ku masa di sekolah tapi cikgu lah yg mampu mengubah segala2nye...kerana cikgu jugak aku jd aku sekarang ni...buat mu cikgu
Guru Oh Guru ..................
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang
SELAMAT HARI GURU.....JASAMU KU KENANG CIKGU....

No comments:
Post a Comment