Jum layan lagu ni...

Showing posts with label Maklumat dan Pengajaran. Show all posts
Showing posts with label Maklumat dan Pengajaran. Show all posts

Monday, October 19, 2009

Lagu Anak Soleh Aeman

Dalam duk skodeng2 blog kwn2 follower terjumpa youtube lagu anak soleh aeman dalam blog Reen bila dgr je lagu ni mmg syahdu tak terhingga & meleleh2 je air mata ni sedih sungguh...

cm nak terbang balik kg peluk ma & abah....

meh la perdengarkan sesama.....

Byknya dosa ku dari kecil hingga dewasa...

Ma & abah...ampunilah anak mu....

restuilah hidupku.....

Aku juga kini ibu...mampukan aku manjadi seteguh hati mu....

sekuat abah dalam mendidik & membesarkan anak2 ku....

SEPERTI MU MA....ABAH....

Thursday, May 28, 2009

Minumlah Air Suam/Panas Selepas Makan

UNTUK RENUNGAN SEMULA
Serangan Jantung dan Minum Air Suam


  • Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ... Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.

  • Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.
  • Petanda Lazim Serangan Jantung Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri . Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.
  • Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit

Friday, May 22, 2009

Kesilapan Mendidik Anak

Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Iaitu;
  1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
  2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
  3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
  4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
  5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak.
  6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
  7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.
  8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.
  9. Kurang melahirkan kasih sayang.
  10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak.
  11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.
  12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
  13. Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.
  14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
  15. Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.
  16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
  17. Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal.
  18. Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.
  19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.
  20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.
  21. Tidak menggunakan bahasa yang betul.
  22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
  23. Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
  24. Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.
  25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
  26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.
  27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
  28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.
  29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
  30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
  31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
  32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
  33. Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.
  34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
  35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
  36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
  37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak.
  38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
  39. Tidak tegas mendidik anak-anak.
  40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.